Tiga
Kedaan Jirim
Apakah
Yang Membentuk Jirim
Teori
Kinetik Jirim: menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah
seni yang diskret dan sentiasa bergerak
secara rawak.
MUAT TURUN NOTA SUBTOPIK 3 KEADAAN JIRIM 😊👍
👉 Nota Tiga Keadaan Jirim (Power Point)
👉 Nota Tiga Keadaan Jirim (PDF)
Selamat mengulangkaji 💖
Perbandingan Sifat Tiga Keadaan Jirim
- Semua benda hidup dan benda bukan hidup adalah jirim yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
- Jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang diskret (terasing) kerana terdapat ruang di antaranya.
- Zarah adalah sangat kecil dan tidak dapat dilihat melalui mata kasar atau mikroskop cahaya.
- Zarah-zarah ini hanya dapat dilihat menerusi mikroskop elektron.
- Zarah-zarah kecil ini merupakan unit asas bagi jirim dan dikenal sebagai atom. Atom ialah zarah yang paling kecil dan semua bahan dibina daripada atom.
- Sifat fizik suatu jirim dapat diperhatikan atau diukur tanpa mengubah komposisinya. Contoh sifat fizikal jirim adalah kekerasan, warna, bau, kebolehan melarut, takat lebur, takat beku, takat didih, kekonduksian haba, ketumpatan, dan kelikatan.
- Sifat kimia adalah kebolehan suatu jirim berubah menjadi bahan lain. Contoh sifat kimia adalah pengaratan, kebolehbakaran dan pengoksidaan.
MUAT TURUN NOTA SUBTOPIK 3 KEADAAN JIRIM 😊👍
👉 Nota Tiga Keadaan Jirim (Power Point)
👉 Nota Tiga Keadaan Jirim (PDF)
Selamat mengulangkaji 💖
Perbandingan Sifat Tiga Keadaan Jirim
- Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan yang berbeza, iaitu pepejal, cecair dan gas.
- Berdasarkan teori kinetik jirim, susunan dan pergerakan zarah-zarah adalah berbeza dalam keadaan jirim yang berbeza. Hal ini menyebabkan keadaan jirim yang berbeza mempunyai sifat fizik yang berbeza.
Sifat
|
Pepejal
|
Cecair
|
Gas
|
Susunan
Zarah
|
Zarah-zarah
tersusun sangat rapat
|
Zarah-zarah
kurang rapat dan tidak tersusun dalam keadaan teratur
Lebih
banyak ruang di antara zarah-zarah
|
-
Zarah-zarah amat jauh antara satu sama lain dan
tidak tersusun
-
Banyak ruang di antara zarah-zarah
|
Pergerakan
Zarah
|
Hanya
bergetar pada kedudukan yang tetap kerana zarah-zarahnya mempunyai tenaga
kinetik yang rendah
|
Bergerak
bebas tetapi kekal pada jarak yang sama dan sentiasa berlanggar antara satu
sama lain kerana zarah-zarahnya mempunyai tenaga kinetik yang lebih tinggi
|
Bergerak
bebas secara rawak ke semua arah dan berlanggar antara satu sama lain dengan
lebih kerap kerana zarah-zarahnya mempunyai tenaga kinetik yang sangat tinggi
|
Bentuk
|
Tetap
kerana zarah-zarahnya tersusun dalam susunan yang teratur
|
Tidak
tetap. Zarah-zaranya dapat bergerak pada jarak tertentu yang kekal, maka
bentuknya bolehberubah mengikut bentuk bekas.
|
Tidak
tetap. Zarah-zarahnya bebas bergerak ke semua ara, maka bentuknya berubah
mengikut bentuk bekas dan akan mengambil bentuk keseluruhan bekas.
|
Isi
padu
|
Tetap
kerana zarah-zarahnya tersusun rapat dan tidak boleh dimampatkan lagi.
|
Tetap
kerana zarah-zarahnya tersusun agar rapat dan tidak boleh dimampatkan lagi.
|
Tidak
tetap kerana terdapat banyak ruang antara zarah dan zarah-zarah ini boleh
dirapatkan dengan memampatkannya.
|
Ketumpatan
|
Tinggi
kerana zarah-zarahnya sangat padat.
|
Sederhana
kerana zarah-zarahnya kurang padat.
|
Rendah
kerana zarah-zarahnya adalah tidak padat
|
Kemampatan
|
Tidak
boleh dimampatkan kerana zarah-zarahnya tersusun rapat dan padat.
|
Sukar
dimampatkan keranazarah-zarahnya tersusun agak rapat.
|
Boleh
dimampatkan dengan mudah kerana terdapat ruang yang besar antara zarah-zarah.
|