Friday 5 July 2019

FAHAMI JIRIM DENGAN LEBIH LANJUT :)

Mari kita cuba fahami Jirim dengan lebih mendalam. Sila tonton video berikut mengenai sifat jirim dan perbandingan Tiga Keadaan Jirim berdasarkan susunan zarah dan tarikan di antara zarah. Selamat menonton. :)





Sumber: YouTube

Monday 27 May 2019

TIGA KEADAAN JIRIM


Tiga Kedaan Jirim

Apakah Yang Membentuk Jirim

Teori Kinetik Jirim: menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang diskret dan sentiasa bergerak secara rawak. 

  • Semua benda hidup dan benda bukan hidup adalah jirim yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
  • Jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang diskret (terasing) kerana terdapat ruang di antaranya. 
  • Zarah adalah sangat kecil dan tidak dapat dilihat melalui mata kasar atau mikroskop cahaya. 
  • Zarah-zarah ini hanya dapat dilihat menerusi mikroskop elektron. 
  • Zarah-zarah kecil ini merupakan unit asas bagi jirim dan dikenal sebagai atom. Atom ialah zarah yang paling kecil dan semua bahan dibina daripada atom.  
  • Sifat fizik suatu jirim dapat diperhatikan atau diukur tanpa mengubah komposisinya. Contoh sifat fizikal jirim adalah kekerasan, warna, bau, kebolehan melarut, takat lebur, takat beku, takat didih, kekonduksian haba, ketumpatan, dan kelikatan. 
  • Sifat kimia adalah kebolehan suatu jirim berubah menjadi bahan lain. Contoh sifat kimia adalah pengaratan, kebolehbakaran dan pengoksidaan.



MUAT TURUN NOTA SUBTOPIK 3 KEADAAN JIRIM  😊👍
👉 Nota Tiga Keadaan Jirim (Power Point)
👉 Nota Tiga Keadaan Jirim (PDF)

Selamat mengulangkaji 💖


Perbandingan Sifat Tiga Keadaan Jirim

  • Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan yang berbeza, iaitu pepejal, cecair dan gas.
  • Berdasarkan teori kinetik jirim, susunan dan pergerakan zarah-zarah adalah berbeza dalam keadaan jirim yang berbeza. Hal ini menyebabkan keadaan jirim yang berbeza mempunyai sifat fizik yang berbeza.

Sifat
Pepejal
Cecair
Gas

Susunan Zarah
Zarah-zarah tersusun sangat rapat
Zarah-zarah kurang rapat dan tidak tersusun dalam keadaan teratur
Lebih banyak ruang di antara zarah-zarah
-          Zarah-zarah amat jauh antara satu sama lain dan tidak tersusun
-          Banyak ruang di antara zarah-zarah
Pergerakan Zarah
Hanya bergetar pada kedudukan yang tetap kerana zarah-zarahnya mempunyai tenaga kinetik yang rendah
Bergerak bebas tetapi kekal pada jarak yang sama dan sentiasa berlanggar antara satu sama lain kerana zarah-zarahnya mempunyai tenaga kinetik yang lebih tinggi
Bergerak bebas secara rawak ke semua arah dan berlanggar antara satu sama lain dengan lebih kerap kerana zarah-zarahnya mempunyai tenaga kinetik yang sangat tinggi
Bentuk
Tetap kerana zarah-zarahnya tersusun dalam susunan yang teratur
Tidak tetap. Zarah-zaranya dapat bergerak pada jarak tertentu yang kekal, maka bentuknya bolehberubah mengikut bentuk bekas.
Tidak tetap. Zarah-zarahnya bebas bergerak ke semua ara, maka bentuknya berubah mengikut bentuk bekas dan akan mengambil bentuk keseluruhan bekas.
Isi padu
Tetap kerana zarah-zarahnya tersusun rapat dan tidak boleh dimampatkan lagi.
Tetap kerana zarah-zarahnya tersusun agar rapat dan tidak boleh dimampatkan lagi.
Tidak tetap kerana terdapat banyak ruang antara zarah dan zarah-zarah ini boleh dirapatkan dengan memampatkannya.
Ketumpatan
Tinggi kerana zarah-zarahnya sangat padat.
Sederhana kerana zarah-zarahnya kurang padat.
Rendah kerana zarah-zarahnya adalah tidak padat
Kemampatan
Tidak boleh dimampatkan kerana zarah-zarahnya tersusun rapat dan padat.
Sukar dimampatkan keranazarah-zarahnya tersusun agak rapat.
Boleh dimampatkan dengan mudah kerana terdapat ruang yang besar antara zarah-zarah.


FAHAMI JIRIM DENGAN LEBIH LANJUT :)

Mari kita cuba fahami Jirim dengan lebih mendalam. Sila tonton video berikut mengenai sifat jirim dan perbandingan Tiga Keadaan Jirim berda...